Wednesday, April 13, 2011

Hidangan Ikan Patin RM13,000 sebenarnya hanya RM37.00++ sekepala....

Rompak [sini]

Kelmarin lagi dah gempar ,50orang makan hidangan ikan patin di Temerloh kena bayar RM13,000...aku pon terkejut...makan ape sampai RM13,000....memang tak lojik....sampaikan kerajaan nak jadikan kes ni kes perintis dalam nak kawal harga makanan pulak...ape da....

Pagi tadi kat Sinar FM aku dengar sebenarnya RM13,000 tu untuk makan seramai 350 orang.....maknanya sekepala kalau kita kira RM37.00++.....Ya Allah...kenapalah korang ni....burukkan nama baik peniaga yang mencari rezeki halal.....lojiklah sikit..dah pulak tu sampai keluar berita....sampai menjejaskan perniagaan orang...agaknya mesti restoran tu beberapa hari ni lengang je takde orang...aduhai....

Dah tu pulak..ikan patin tu ikan sungai tau...yang aku tahu ikan patin sungai memang mahal...lingkungan RM80-RM100 sepotong....bukan takat tu je 350 orang tu makan..siap makan udang galah lagi...ikan Krai pon depa makan....ikut berita ikan krai ni harganya mahal jugaklah...so pada aku RM37.00++ sekepala tu murah gilalah.....camne boleh terkeluar cerita yang makan 50orang je makan untuk RM13,000 tuh....


"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ianya memang mahal," katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.


ini statement tukang bayau RM13,000...iskkhh kalau aku tu..memang saman je orang camni..tapi yelah dah nak silap nak wat camnekan...huhuhu

berita lanjut jenguk sini...[KLIK]


notamuka : aku tak tau nak kata sape salah....tukang adu ataupon tukang taip cerita asal....korang rasa...????

No comments:

Post a Comment

tap..tap..tap...komen ape tu...?