PERINGATAN....ENTRY INI SANGAT PANJANG....
Dalam alam rumahtangga ni banyak benda kita kena alert..tak kira suami atau isteri....suami walaupon nampak macam tak berat tanggungjawabnya tapi sebenarnya BERAT..banyak benda nak kena amik pusing....so tugas isteri ni sebenarnya membantu meringankan tugasan suami dengan memahami suami kita sendiri...just take it positive...sape kata isteri takde ego...hahaha..baca tips kat bawah ni nanti tepuk dada tanya diri sendiri samada isteri ni ego or not....dan lepas dah baca ni amik ikhtibar...mane yg rasa kita dah buat tu jangan buat lagi masa alan datang....hehehe...ok iva tak ingat mane dapat artikel ni sebab dah lama simpan dalam folder PC....so ini iva kongsi ok....
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar
Contoh.... "hubby i tu kan kan ..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla " [memang walaupon kadang² kita nak bergurau sebab nada kita masa ni gelak²..tapi secara tak lansung kita dah mengaibkan suami kita...ha..alert nieh....]
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
Contoh."hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak " [Kalau setakat call nak tanya pasal ni saje alamak..lama-lama husband pon fedupkan...dulu iva ngan ex-boi macam ni ahh...kejap-kejap iva call..so masa jumpa kanda jumpa plak artikel ni so iva perbaiki dari situ..Alhamdulillah sampai sekarang ni kalau iva tak call dalam sehari kanda yang naik susah hati..hehehe]
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
Contoh "kita dah simpan screwdriver tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."[hehehehe...ni kalau dapat isteri yg rajin sangat²..tak salah nak kemas rumah..tapi kalau boleh masa awal² perkahwinan sama-sama tentukan tempat² tertentu untuk simpan barang...supaya setiap kali kemas rumah barang tak hilang....sediakan tempat² yang sepatutnya...macam nak letak seluar kat mane....stokin kat mane...hehehe...iva dan kanda setakat ni takdelah kehilangan barang sebab kami saling mengingat mane tempat letak sepatutnya....contoh..ok abang dalam laci ni ada stokin dan tali leher....laci belah bawah ni seluar kerja...so kalau husband terajin tlg lipat kain baju pon dia tak letak sukahati sebab dia dah tau nak letak manekan....saling ringankan beban...]
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
Contoh. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."
[kehkehkeh...ada je wifey camni....bukan tak boleh nak bungkus belacan sayang...tapikan janganlah guna surat khabar terkini...gunalah semalam atau minggu lepas punya...hehehehe...]
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok "
Contoh "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ..."
[kalau ada benda yg kita berkenan then nak simpan untuk rujukan contoh resepi...tunggulah husband habis baca surat khabar tu baru potong..hehehehe...kalau awak pon tak suka kot baca surat khabar lobang-lobang...hikhikhik]
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
Contoh. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze " [sebagai wifey kita mesti tau ape yang ada dan apa yang takde untuk dapur kitakan...so list downkan ape yang perlu beli....so takdelah buat kerja banyak kali....be a smart wifey...]
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami.
Contoh . "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"
[tak semua husband tahu beli barang untuk masakan....so don't expect apa yang kita nak akan dapat 100%..hehehe...apa salahnya tulis kat kertas or send msg kat HP so at least husband boleh tanya orang kat kedai sebelum beli...hehehehe...]
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
Contoh . "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "[bukan tak boleh nak bersosial..tapi tak salahkan tanya jadual husband dulu sebelum buat keputusan..kita sendiri pon tak suka husband arrange sesuatu tanpa bincang..]
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
Contoh "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."
[korang suka orang sesuka hati usik barang korang tanpa pengetahuan korang..walaupon dia husband kita...??cuba fikir...??hehehehe]
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....
Contoh " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
[uiskh..dah..dah..lah tu borak..hehehe....kesian husband kita tu..baru nak rehat ngan wifey...cuba HP laki kita bunyi after 10pm urrmm...........hahahahahha]
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
Contoh . "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
[kita sebagai isteri kena ingat..nak ajak sesiapa masuk dalam rumah mesti mintak izin suami dulu.....tak boleh sebarangan..nanti iva buat entry pasal ni ok...]
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
Contoh "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."
[dosa weh...cantik untuk suami je..bukan untuk orang lain..ha kena tau tuh...dosa besor....]
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
Contoh " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."
[mula-mula kawen husband mungkin tak kesah sangat kot..tapikan.........................jaga-jaga yea..hikhikhik..kena pantas]
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
Contoh " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
[kadang-kadang tu memang akan berlaku..yelah kita pon sibuk..tapikan kalau leh jangan kerap sangat..nanti lama-lama husband menyampah...]
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
Contoh "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
[huish...pikirkan jangka panjang...korang akan spoilkan anak sendiri...kalau husband marah anak jangan bela dia depan²..tak caya...trylah buat then tunggu effect dia 10 tahun lagi...hahahahah]
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
Contoh ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
[eeeuuuuwwww...pengotornya....sorrylah..iva bangun je tido sebelum mula ape² mesti mandi dulu..dah bersih dan kemas dan wangi barulah start ape yang patut...]
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
Contoh . "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."
[kan seronok sembahyang berimamkan suami dan sembahyang jemaah bersama....huhuhu..tak baik melewatkan solatkan...?]
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
Contoh "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."
[hehehehehe..biarlah dia....ada masa kita pon nak tgk tvkan...tapi pada iva benda camni mestilah bermula dari awal perkahwinan...jangan dah ngade lebih tu baru nak pot..pet...pot..pet..takde maknanya weh...]
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
Contoh. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."
[yea tau eksited..tapikan...kalau bagi can kat husband kan lagi best..hehehehe]
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
Contoh " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you "
[Serius cakap..kalau korang ade perangai camni baik insaf cepat sebelum orang yang korang sayang tinggalkan korang okeh..hehehehehe...tak caye...trylah buat...]
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
Contoh " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."
[wah ayat kasar tu kak...kasi siasat dulu baru boleh kata...husband kalau nak main kayu 3 tak nampak dek mata..tak dengar dek tinger ni haa....tak caya..??tanya akak² yang dah kena...]
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
Contoh. "..eee u tau tak hubby i tu..."
[no..no...no...amalan tak baik...watpe pi cite hal rumahtangga kat orang lain..kat family pon jangan..walaupon kau gaduh besar..sebabnya patut leh settle jadi makin worst sebab campurtgn orang lain..hehehe]
sumber[SINI]
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
Contoh "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."
[tak tahulah u all camne tapi iva dari awal kahwin sampai sekarang kalau nak masak tu tanya kanda dulu..kot² kanda nak makan ikut selera..kalau kanda kata ikut sukalah baru iva masak je ape terlintas kat idea ni ha...yang pasti iva takkan masak ape yang kanda tak makan walaupon iva suka..huhuhu]
[tak tahulah u all camne tapi iva dari awal kahwin sampai sekarang kalau nak masak tu tanya kanda dulu..kot² kanda nak makan ikut selera..kalau kanda kata ikut sukalah baru iva masak je ape terlintas kat idea ni ha...yang pasti iva takkan masak ape yang kanda tak makan walaupon iva suka..huhuhu]
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
Contoh. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."
[hehehehe....lelaki tak suka ok walaupon kerabat dia sekalipon....]
[hehehehe....lelaki tak suka ok walaupon kerabat dia sekalipon....]
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Contoh. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."
[hahahahaha..takkan tak paham lagi kot...walaupon just nak masuk TIDUR je tapi kena seiring baru mesra berpanjangan....]
[hahahahaha..takkan tak paham lagi kot...walaupon just nak masuk TIDUR je tapi kena seiring baru mesra berpanjangan....]
No comments:
Post a Comment
tap..tap..tap...komen ape tu...?