Hebatkan dalam tempoh 7hari ko leh hilang berat badan ko tanpa senaman...hebat tak..???
aku pon semalamlah member aku bagi satu link ni....aku pon dok terjahlah, mane tau ade yang menarik ke...
memang ada pon dik non uiiii...tapi aku tengah fikir nak try ke tak cara ni..
ha...aku malas nak taip balik...aku copy & paste je...korang nilai patut atau tak....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya terjumpa resepi ni kat Facebook semasa sedang mencari resepi untuk diet sihat. Tadi guna butang Search sebelum post, tapi tak jumpa tajuk ni, so saya fikir nak kongsi dgn anda di sini.
Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.
Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.
Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.
Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat - *JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*.
Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.
*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*
1. ROTI / NASI
2. MINUMAN BERALKOHOL
3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)
4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)
5. MAKANAN YANG BERGORENG
6. GARAM DAN BAHAN PERASA
*YANG BOLEH DIAMBIL*
1. AIR PUTIH
2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA
3. TEH TANPA PEMANIS/GULA
4. CRANBERRY JUICE
5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA
Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.
*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.
Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.
*SUP PEMBAKAR LEMAK*
*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*
3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR
*CARA MEMBUAT*
Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.
*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*
*HARI - 1*
Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.
*HARI - 2*
Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas.
Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.
*HARI - 3*
Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.
*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.
*HARI - 4*
Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.
*HARI - 5*
Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.
*HARI - 6*
Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.
*HARI - 7*
Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*.
*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*
SELAMAT MENCUBA!
Tak tau seberapa benar resepi di atas, tapi berdasarkan beberapa feedback yang saya baca, ada yang hilang berat badan sehingga 12 kg seminggu. Saya sendiri belum cuba lagi, sebab skg masih dlm ease out period selepas 10 hari melakukan Master Cleanser. Sesiapa nak cuba resepi ni, dipersilakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
amacam...??pendapat korang ok ke menu dan cara ni...ni kira macam mengejutkan..huwaaawawawa.....
notamuka : aku suka treadmill....hehehehehe
Saya pun berjaya turunkan hampir 18kg dlm masa 3 bulan. Tanpa diet yg teruk dan excercise yg memenatkan. Tq to Arman sebab perkenalkan saya dengan teknik ini. Sekadar berkongsi. http://82e93o8pyfu49vcbrdcqer6x6z.hop.clickbank.net/
ReplyDeletesetiap hari setiap minggu setiap bulan ke amal gm diet ni ?
DeleteSaya memang mencari diet yg sihatacam nie... saya nak cuba...my weight nw is 90aim to 80..then move onto 70 till I get my ideal weight. ..wish me luck
ReplyDeletekalau resepi sup pmbkr lmak dimakan mentah boleh ke?
ReplyDeletex tertelan sup,x rse ape-2..
klau mkn mnth okey siket..
nk tnye,,mnjejaskan program tu ke??
dalam sup tu boleh masukkan garam tak?? ke sup tawar gitu je??
ReplyDeleteXletak garan?
ReplyDeleteXletak garan?
ReplyDeleteKene kuat semangat ni kalau nak cuba..
ReplyDeleteIni namanya GM Diet...
ReplyDeleteGM diet?
DeleteGM diet?
Deletesaja nk share
ReplyDeleteUtk sape yg cerewet mcm sye bole cube resepi ni...sbb saya tk mkn bawang bombay dan capsicum)
4 biji tomato- dibelah 6
Bunga kobis- ikutla..sye suke byk
Isi ayam shaja - 10 ketul dipotong dadu kecil
Hirisan cili padi- stgh btg pun ok xnak pun xpe
2 btg celeri nk tmbh syur sawi pun bole
Caranya... rebuslah mcm mane pun tanpa menumis
*sye tmbh secubit garam jgk but no perasa😊😊😊
10 hari sye mkn ni bersama sebiji buah epal trun 8.5kg solid 😁
Xtrun byk sbb in between 10 hari tu sye ade cheatday!!!! Makan burger mcD👍👍👍 tpi air bergas dilarang sama sekali.sye minum ribena mse kt mcD tu half cup lepas tu bantai minerals 1 botol sbb rase besalah oh ya!!! Sepanjang diet ni air kosong wajib la byk... 2 liter sehari klu boleh 😊
tiap2 hari mkn ni ke? maksudnya bfast, lunch n dinner?
Delete