Friday, April 29, 2011

25 perkara yang boleh isteri jadikan rujukan....

PERINGATAN....ENTRY INI SANGAT PANJANG....

Dalam alam rumahtangga ni banyak benda kita kena alert..tak kira suami atau isteri....suami walaupon nampak macam tak berat tanggungjawabnya tapi sebenarnya BERAT..banyak benda nak kena amik pusing....so tugas isteri ni sebenarnya membantu meringankan tugasan suami dengan memahami suami kita sendiri...just take it positive...sape kata isteri takde ego...hahaha..baca tips kat bawah ni nanti tepuk dada tanya diri sendiri samada isteri ni ego or not....dan lepas dah baca ni amik ikhtibar...mane yg rasa kita dah buat tu jangan buat lagi masa alan datang....hehehe...ok iva tak ingat mane dapat artikel ni sebab dah lama simpan dalam folder PC....so ini iva kongsi ok....






1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar

Contoh.... "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla " [memang walaupon kadang² kita nak bergurau sebab nada kita masa ni gelak²..tapi secara tak lansung kita dah mengaibkan suami kita...ha..alert nieh....]



2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
Contoh."hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak " [Kalau setakat call nak tanya pasal ni saje alamak..lama-lama husband pon fedupkan...dulu iva ngan ex-boi macam ni ahh...kejap-kejap iva call..so masa jumpa kanda jumpa plak artikel ni so iva perbaiki dari situ..Alhamdulillah sampai sekarang ni kalau iva tak call dalam sehari kanda yang naik susah hati..hehehe]




3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
Contoh  "kita dah simpan screwdriver tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."[hehehehe...ni kalau dapat isteri yg rajin sangat²..tak salah nak kemas rumah..tapi kalau boleh masa awal² perkahwinan sama-sama tentukan tempat² tertentu untuk simpan barang...supaya setiap kali kemas rumah barang tak hilang....sediakan tempat² yang sepatutnya...macam nak letak seluar kat mane....stokin kat mane...hehehe...iva dan kanda setakat ni takdelah kehilangan barang sebab kami saling  mengingat mane tempat letak sepatutnya....contoh..ok abang dalam laci ni ada stokin dan tali leher....laci belah bawah ni seluar kerja...so kalau husband terajin tlg lipat kain baju pon dia tak letak sukahati sebab dia dah tau nak letak manekan....saling ringankan beban...]



4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
Contoh. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."
[kehkehkeh...ada je wifey camni....bukan tak boleh nak bungkus belacan sayang...tapikan janganlah guna surat khabar terkini...gunalah semalam atau minggu lepas punya...hehehehe...]



5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok "
Contoh  "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ..."
[kalau ada benda yg kita berkenan then nak simpan untuk rujukan contoh resepi...tunggulah husband habis baca surat khabar tu baru potong..hehehehe...kalau awak pon tak suka kot baca surat khabar lobang-lobang...hikhikhik]




6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
Contoh. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze " [sebagai wifey kita mesti tau ape yang ada dan apa yang takde untuk dapur kitakan...so list downkan ape yang perlu beli....so takdelah buat kerja banyak kali....be a smart wifey...]



7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami.
Contoh . "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"
[tak semua husband tahu beli barang untuk masakan....so don't expect apa yang kita nak akan dapat 100%..hehehe...apa salahnya tulis kat kertas or send msg kat HP so at least husband boleh tanya orang kat kedai sebelum beli...hehehehe...]




8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
Contoh . "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "[bukan tak boleh nak bersosial..tapi tak salahkan tanya jadual husband dulu sebelum buat keputusan..kita sendiri pon tak suka husband arrange sesuatu tanpa bincang..]



9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
Contoh  "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."
[korang suka orang sesuka hati usik barang korang tanpa pengetahuan korang..walaupon dia husband kita...??cuba fikir...??hehehehe]



10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....
Contoh  " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
[uiskh..dah..dah..lah tu borak..hehehe....kesian husband kita tu..baru nak rehat ngan wifey...cuba HP laki kita bunyi after 10pm urrmm...........hahahahahha]



11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
Contoh . "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
[kita sebagai isteri kena ingat..nak ajak sesiapa masuk dalam rumah mesti mintak izin suami dulu.....tak boleh sebarangan..nanti iva buat entry pasal ni ok...]



12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
Contoh "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."
[dosa weh...cantik untuk suami je..bukan untuk orang lain..ha kena tau tuh...dosa besor....]


13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
Contoh " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."
[mula-mula kawen husband mungkin tak kesah sangat kot..tapikan.........................jaga-jaga yea..hikhikhik..kena pantas]



14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
Contoh  " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
[kadang-kadang tu memang akan berlaku..yelah kita pon sibuk..tapikan kalau leh jangan kerap sangat..nanti lama-lama husband menyampah...]



15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
Contoh "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
[huish...pikirkan jangka panjang...korang akan spoilkan anak sendiri...kalau husband marah anak jangan bela dia depan²..tak caya...trylah buat then tunggu effect dia 10 tahun lagi...hahahahah]



16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
Contoh  ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
[eeeuuuuwwww...pengotornya....sorrylah..iva bangun je tido sebelum mula ape² mesti mandi dulu..dah bersih dan kemas dan wangi barulah start ape yang patut...]



17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
Contoh . "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."
[kan seronok sembahyang berimamkan suami dan sembahyang jemaah bersama....huhuhu..tak baik melewatkan solatkan...?]



18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
Contoh "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."
[hehehehehe..biarlah dia....ada masa kita pon nak tgk tvkan...tapi pada iva benda camni mestilah bermula dari awal perkahwinan...jangan dah ngade lebih tu baru nak pot..pet...pot..pet..takde maknanya weh...]




19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
Contoh. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."
[yea tau eksited..tapikan...kalau bagi can kat husband kan lagi best..hehehehe]



20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
Contoh  " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you "
[Serius cakap..kalau korang ade perangai camni baik insaf cepat sebelum orang yang korang sayang tinggalkan korang okeh..hehehehehe...tak caye...trylah buat...]



21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
Contoh " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."
[wah ayat kasar tu kak...kasi siasat dulu baru boleh kata...husband kalau nak main kayu 3 tak nampak dek mata..tak dengar dek tinger ni haa....tak caya..??tanya akak² yang dah kena...]




22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
Contoh. "..eee u tau tak hubby i tu..."
[no..no...no...amalan tak baik...watpe pi cite hal rumahtangga kat orang lain..kat family pon jangan..walaupon kau gaduh besar..sebabnya patut leh settle jadi makin worst sebab campurtgn orang lain..hehehe]

sumber[SINI]


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
Contoh "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."
[tak tahulah u all camne tapi iva dari awal kahwin sampai sekarang kalau nak masak tu tanya kanda dulu..kot² kanda nak  makan ikut selera..kalau kanda kata ikut sukalah baru iva masak je ape terlintas kat idea ni ha...yang pasti iva takkan masak ape yang kanda tak makan walaupon iva suka..huhuhu]

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
Contoh. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."
[hehehehe....lelaki tak suka ok walaupon kerabat dia sekalipon....]

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Contoh. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."
[hahahahaha..takkan tak paham lagi kot...walaupon just nak masuk TIDUR je tapi kena seiring baru mesra berpanjangan....]

Thursday, April 28, 2011

Day 14 - Your first celebrity crush / Shaheizy Sam Abd Samad

urm.....sape eh...alorh tak ingat dah kot....tapikan..haaaaa...dah ingat dah....masa tu dia belom matang lagilah...bak kata orang masih anak-anak hingusan...tapi aku suka kat dia....tapi bila dia dah besar dan matang ni aku dah tak suka menggila dah...mayb sebab aku dah kawen kot..hakhakhak...nak tau sape....jap eh...nak pegi cari gambar dia kat hincik Google...


yang aku ingat drama yang mamat ni berlakon yang buat aku suka tu tahun 1998...aku time tu tingkatan 2...memang adore sangatlah mamat ni time2 tuh.....jap tau...

ni lah orangnya....

jeng....





jeng....






jeng......




muda beliakan....hehehe...muka sampai sekarang suci..hahahahaha
sumber [sini]




 inilah drama yang buat aku kenal mamat ni....Drama Pa'e....memang sampai sekarang ingat lakonan dia...huhuu...best kot...korang pernah tengok drama ni..??
sumber [sini]


ni aku sertakan biodata mamat ni eh...
(sukahati je mamat...hehehe..kalau u baca entry ni u senyum saja tau...)



Nama Penuh: Shaheizy Sam Abd Samad


Tarikh Lahir : 4 September 1982


Umur Terkini (2011): 29 Tahun


Asal @ Tempat Tinggal : Petaling Jaya, Selangor


Kerjaya : Pelakon


Antara Lakonan Drama Bersiri : Pa’e, Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam, Kasanova XXL, Jangan Pandang Belakang The Series, Asmaradana, Seiras Maya, Graduan, Bisikan Hati, Odisi, Adnan Sempit The Series


Filem : Sama Tapi Tak Serupa, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kongsi .


Pencapaian : Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009)- kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia,P elakon Lelaki Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010, Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010(dinobatkan pada malam 3 April 2011)


Friday, April 15, 2011

Omelette....telur dadar pelbagai rupa paras...

pagi tadi aku sarapan ni je

omelette....memang superb...tapi yang ni aku beli je kat cafe pejabat tuh.....nak try buat omelette sendiri tak..??eh..aku pernah trylah..buat ikut resepi aku campak² je...kanda kata sedap..simple tapi padat dan sihat....hahahaha...lagipon besok dah weekend...buatlah breakfast omelette.....jom kita ikut langkah-langkah iva eh....

Omelette campak-campak...(untuk 2 orang makan..nak lebih pepandailah budget eh...)

Bahan A

- 2 @ ikut suka keping salad (untuk hiasan)
- 2 biji kentang *
- 2 biji bawang besar...*
- 1/4 biji  kobis **
- 1 lobak....**
-  Mayonis (ikut suka banyak mane)
-  Sedikit Lada Hitam


Bahan B

- 2 biji Telur
- 1/4 cawan susu Dutch Lady..ikutlah korang minum susu ape..
- 1 biji bawang besar ***
- 2 tangkai cili merah ***
- 1/2  biji capsicum merah***
- 1/2  biji capsicum kuning***
- 1/2 biji capsicum hijau***
-  cendawan shiitake (ikut suka banyak mane)***...jangan amik cendawan liar plak..kang kena racun jgn   
   salahkan aku ok....kalau nak taruklah cendawan ni..kalau taknak abaikan...
-  2 sosej ***
- 1 keping ayam bahagian dada (isi)***(ayam ni rebus dulu kasi masak ok...)
- 1 keping cheesedale (slice kepada 6 keping )..kalau nak bubuh..kalau taknak xyah bubuh...
-  Sedikit garam
-  Kuali Non-Stick..kalu takde pon takpe..saje je taip..hahaha

cara-caranya yea...

-  Bahan "A" tadi yang 1 star tu korang potong dadu dan gorengkan dengan minyak yg sikit sampai kentang  
   empuk....nak cepat empuk rebus dulu then goreng sampai garing dan bawang layur...
-  Kobis dan carrot tu sagatkan dan gaulkan dengan coslow dan lada hitam tadi..jadikan coslowlah....
-  Sediakan 2 pinggan dan letakkan coslow tadi atas daun salad...


-  Bahan "B" pulak eh...pecahkan telur dan campurkan susu tadi..pukul sampai kembang...bubuh garam  
   tau..hehe..ketepikan...
-  Semua yang bertanda 3 bintang tu korang potong dadu...then panaskan kuali dengan minyak yg sedang  
   saje...goreng semua bahan yang bertanda 3 bintang dalam 15minit dengan api sedang yea...
- Curahkan telur yg bercampur susu tadi tu kedalam campuran sayuran tadi tu....agak-agak nak masak  
   susunkan cheese tadi tu..then jadikan telur tadi tu setengah bulatan...maknanya tutup ia jadi half...faham  
   tak...macam dalam gambar ni...

pinjam [SINI]

-  Goreng sampai garing sikit je...then angkat letakkan sebelah coslow korang tadi tu....
-  Kentang yg korang goreng ngan bawang tadi jangan lupa letak sekali yea..hehehehe...



- hidanglah macam dalam gambar tu yea....atau ikut suka koranglah...ehehhehehehe...

SELAMAT MENCUBA yea....

notamuka : masa mula² buat tu cuak gak..tak reti..tak search tenet..tgk je org kat cafe masak so try & errorlah..nasib jadi..tetiba aku lapar..hahahaha...















Day 13 - A picture of where you want to honeymoon.

Nak Pergi Honeymoon

sini....[link]

dan juga

sini...[Link]


notamuka : hari-hari pon honeymoon..moga mood honeymoon sampai ketua yea..hehehehe

Wednesday, April 13, 2011

Hidangan Ikan Patin RM13,000 sebenarnya hanya RM37.00++ sekepala....

Rompak [sini]

Kelmarin lagi dah gempar ,50orang makan hidangan ikan patin di Temerloh kena bayar RM13,000...aku pon terkejut...makan ape sampai RM13,000....memang tak lojik....sampaikan kerajaan nak jadikan kes ni kes perintis dalam nak kawal harga makanan pulak...ape da....

Pagi tadi kat Sinar FM aku dengar sebenarnya RM13,000 tu untuk makan seramai 350 orang.....maknanya sekepala kalau kita kira RM37.00++.....Ya Allah...kenapalah korang ni....burukkan nama baik peniaga yang mencari rezeki halal.....lojiklah sikit..dah pulak tu sampai keluar berita....sampai menjejaskan perniagaan orang...agaknya mesti restoran tu beberapa hari ni lengang je takde orang...aduhai....

Dah tu pulak..ikan patin tu ikan sungai tau...yang aku tahu ikan patin sungai memang mahal...lingkungan RM80-RM100 sepotong....bukan takat tu je 350 orang tu makan..siap makan udang galah lagi...ikan Krai pon depa makan....ikut berita ikan krai ni harganya mahal jugaklah...so pada aku RM37.00++ sekepala tu murah gilalah.....camne boleh terkeluar cerita yang makan 50orang je makan untuk RM13,000 tuh....


"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ianya memang mahal," katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.


ini statement tukang bayau RM13,000...iskkhh kalau aku tu..memang saman je orang camni..tapi yelah dah nak silap nak wat camnekan...huhuhu

berita lanjut jenguk sini...[KLIK]


notamuka : aku tak tau nak kata sape salah....tukang adu ataupon tukang taip cerita asal....korang rasa...????

Tuesday, April 12, 2011

Yeeaahhh!! Saya Nak Join Beloglist Fyna.

sesaja gatai tangan...FYNA saya join eh..hehehe....

kali ni fyna nak buat penambahan bloglist...so ade 2 kategori...

COMEL
KREATIF

tapi tak banyak setiap kategori fyna just nak 6 link sahaja...so iva nak trylah...hehehehe

cam biasalah...tajuk entry haruslah

Yeeaahhh!! Saya Nak Join Beloglist Fyna.

jangan lupa jadi folower fyna okeh..kalau belom silalah follow...

then header blog fyna nie..


hehehehe..comeikan dia...

lepas itu letakkan link entry ni kat komen entry fyna tau..[sini]

then tag 2 orang...sape eh...
nak tag...

datin dee...akak join okeh...
&
Ryna...eh lebih kurang cam nama fyna je..hehehe

so iva nak pilih kategori COMEL boleh..hehehehe

tarikh tutup :

13.04.2011 (Rabu)

3.00 petang

ok done.....




notamuka : jangan lupa kalau nak order cake..cupcakes..muffin...call iva ok..hehehehe

Day 12 - Something that puts a smile on your face no matter what.

Cuba Korang Teka Ape yang boleh membuat aku senyum..tersenyum...walau dalam apa keadaan pon....

.......................
................
...........
.........
.......
.....
....
...
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
inilah dia.......


memang akan selalu buat aku tersenyum tak kira dalam apa jua keadaan..hehehe..tq sayang..

Friday, April 8, 2011

MAMACHIA 1st GIVE AWAY

Saya telah dijemput menyertai GA...yeay..sukanya...dapat tak dapat belakang kirakan..yang penting dapat mengeratkan lagi silaturahim....


apa lagi mai serbu yea....yang penting jadi follower...perangai iva ni plak bukan setakat follow je..siap masukkan link blog yg iva follow tu dalam list..dah tu list berterabur..bila nak kemas tak tau...ada sesapa nak tlg kemaskan tak...??hehehehe

so macam biasalahkan..mesti letakkan header blog berkenaankan....jeng..jeng,...jeng,....


klik je gambar nanti terbanglah ia...

tapi serius..mamchia memang lawoooo......ada petua dak..??hehehehe

so aku nak tag

::. cik FYNA sayang.....::
::.datin dee.......::

ok mane tau rezkikan...aminnn..heheheh.

Haish...tak paham aku ni.....telur pon korang nak palsukan.....original pon bukannya mahal mane banding dengan yang PALSU tuh....

Aku dah dapat email pasal ni dari 2hari lepas....aku ingatkan kat china je...rupanya dah selamat masuk MALAYSIA pon...aku rasa benda ni dah lama masuk Malaysia cuma baru sekarang dapat kesan..huwaaa......

telur separuh masak...
telur goreng mata....
telur separuh masak....
kek....
roti....
telur rebus pengantin...
ape lagi..semua masakan yang berasaakan telurlah....
katalah tukang masak tu terbeli telur murahan yang terciplak tu secara tak perasan atau memang saje beli sebab murah...dia masak...kita makan...wah...sedapnya....tapikan korang..meh aku kongsi ni..betapa bahayanya telur ciplak ni bila masuk dalam organ badan manusia...sebab itulah zaman sekarang ni banyak penyakit KRONIK....


Telur ayam tiruan itu dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. Di mana kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap



ni aku dapat dalam email aku 2hari lepas....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

To create egg white, the instructor - a woman in her 20s - used assorted ingredients such as gelatin, an unknown powder, benzoic acid, coagulating material and even alum, which is normally used for industrial processes.

For egg yolk, some lemon-yellow colouring powder is mixed to a liquid and the concoction stirred. The liquid is then poured into a round-shaped plastic mould and mixed with so-called 'magic water', which contains calcium chloride.


This gives the 'yolk' a thin outer membrane, firming it up. The egg is then shaped with a mould. The shell is not forgotten. Paraffin wax and an unidentified white liquid are poured onto the fake egg, which is then left to dry.




The artificial egg can be fried sunny-side up or steamed. Although bubbles appear on the white of the egg, those who have tasted it say the fake stuff tastes very much like the real thing.




But experts warn of the danger of eating fake eggs. Not only do they not contain any nutrients, a Hong Kong Chinese University professor warned that long-term consumption of alum could cause dementia





To make the egg white, various ingredients, including a powder and alum, are mixed together.




The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used. 




Hardy shells are formed by pouring paraffin wax and a liquid onto the egg, which are then left to dry. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mengaut keuntungan dengan memusnahkan kehidupan..wah seronok korang ni...patutlah kat negara depa ni baby besar tak hingatlah...itulah,...inilah...semua yg kronik...korang tak risau ke...??
setakat ni di pulau pinang dah jumpa...
telur ciplak ni dijual dengan harga RM11 untuk 30biji....


camne nak kesan atau pastikan telur yang ada kat rumah kita tu Ori or ciplak...ni aku amik dari blog bro CM a.k.a penyu....[KLIK]

cara nak kesan dengan menjadikan telur rebus yea...


 kalau telur original kalau dikupas akan ada ruang kosong...

tapi kalau FAKE punya takde ruangan lansung..penuh...

ok biasanya kalau telur rebus bila kita kupas kulitnya sampai habis mesti ada bahagian rata..kiranya boleh diletak secara berdirikan...itu telur original

 tapi kalau korang nampak macam gambar atas ni sempurna bujurnya....takde ruangan rata maka dengan itu..ini adalah telur palsu yea...



ok korang mesti peka punya yang ni..bila kita tengok dalam gambar ni antara kuning dan putih terpisah dengan elok tanpa apa2 salutankan..itu telur betul punya....


tetapi kalau korang tengok ada macam selaput nipis antara kuning dengan putih....takyahlah makan yea..itu palsu punya...wooooo

another info ialah...Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

semua sumber ni korang boleh rujuk dekat [KLIK] & [KLIK]

notamuka : sebab tu kanda susah nak diajak makan kat luar..sama macam abg ipar aku no 2..adeh....takutlah pulak...pada peniaga sekalian sebelum beli barang tu check dumber dulu yea..bahaya..


UPDATES : More info here....[KLIK]

Thursday, April 7, 2011

Ciri-Ciri Isteri Solehah....fuhhhhh..tepuk dada tanya hati sendirilah....

Ingat senang ke menjadi isteri kepada seorang lelaki...ha...memanglah nampak mudah tapi semua korang nak kena jaga..SEMUA....dah lain..bukan macam masa bujang,,,nak pulak kalau korang dah jadi ibu kepada anak-anaknya....dah jadi sebahagian dari keluarganya,.,..banyak korang kena jaga,.....aku pon tak berani nak ngomel banyak-banyak ni antara tips yang boleh dikongsi...aku tak hinggat dapat kat mane,...ni punggah² hard disk so jumpa benda ni..meh kita berkongsi meh....




*Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.


* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang. 





notamuka :InsyaAllah aku ikut semuanya setakat ni sebab aku memang nak jadi seorang isteri yang baik untuk suami aku..syurga dibawah tapak kaki suami sekarang ni...ingat tuh..huhuhu...takut dengan seksaan api neraka wooooo



Day 11 - The meaning behind your Tumblr name

Tumblr..ape tu..ha...aku tanya orang semua kata...lebih kurang macam blog...macam twitter..macam facebook....tapi aku suka...sebab aku leh jumpa banyak gila gambar yang cantik...Idea tu semua....Qoute yang best² belaka.....walaweh..korang takde lagi ke akaun Tumblr..??pegilah daftar...alah bukan kena bayar kan...hehehehehe...

ini aku punya Tumblr


makna "imaginative" ni.............

sebab aku suka bayangkan benda² yang cantik dan indah.....

Given to imagining; full of images, fancies, etc.; having a quick imagination; conceptive; creative.
( bayangan yang penuh dengan gambaran yang indah, kreatif dan berkonsep..)

sebab aku ni budak ART....so kepala ni ada je benda kreatif yang aku fikir....
hehehehe...lagipulak akukan photographer..so kena ber"imaginative"....

ok bye...

notamuka : sekarang ni suka cari gambar makanan kat Tumblr

Wednesday, April 6, 2011

Diet Berkesan Yang Pantas Dalam Tempoh 7 Hari Sahaja

Hebatkan dalam tempoh 7hari ko leh hilang berat badan ko tanpa senaman...hebat tak..???

aku pon semalamlah member aku bagi satu link ni....aku pon dok terjahlah, mane tau ade yang menarik ke...
memang ada pon dik non uiiii...tapi aku tengah fikir nak try ke tak cara ni..

ha...aku malas nak taip balik...aku copy & paste je...korang nilai patut atau tak....


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya terjumpa resepi ni kat Facebook semasa sedang mencari resepi untuk diet sihat. Tadi guna butang Search sebelum post, tapi tak jumpa tajuk ni, so saya fikir nak kongsi dgn anda di sini.

Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.


Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.



Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.



Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat - *JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*



Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.



*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*



1. ROTI / NASI



2. MINUMAN BERALKOHOL



3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)



4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)



5. MAKANAN YANG BERGORENG



6. GARAM DAN BAHAN PERASA




*YANG BOLEH DIAMBIL*



1. AIR PUTIH



2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA



3. TEH TANPA PEMANIS/GULA



4. CRANBERRY JUICE



5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA




Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.



*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.



Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.




*SUP PEMBAKAR LEMAK*



*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*



3-6 BAWANG BESAR BOMBAY

6 BIJI TOMATO SEGAR

1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR



*CARA MEMBUAT*



Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.



*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*




*HARI - 1*



Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.




*HARI - 2*



Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas. 



Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.




*HARI - 3*



Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.



*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.




*HARI - 4*



Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.




*HARI - 5*



Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.




*HARI - 6*



Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.




*HARI - 7*



Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*. 



*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*



SELAMAT MENCUBA!



Tak tau seberapa benar resepi di atas, tapi berdasarkan beberapa feedback yang saya baca, ada yang hilang berat badan sehingga 12 kg seminggu. Saya sendiri belum cuba lagi, sebab skg masih dlm ease out period selepas 10 hari melakukan Master Cleanser. Sesiapa nak cuba resepi ni, dipersilakan.


----------------------------------------------------------------------------------------------

amacam...??pendapat korang ok ke menu dan cara ni...ni kira macam mengejutkan..huwaaawawawa.....


notamuka : aku suka treadmill....hehehehehe