JANGAN LUPA NAMAKU
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati…
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……
kalau nak download meh klik SINI
aku dan kanda memang suka tengok cerita ni..menginsafkan...
aku menangis bukan sebab sedih dgn jalan cerita...tapi sedih mengingat DIA....
Ya Allah.......
Sinopsis Ramadhan Terakhir
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap HIV Positif dan mampu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
Tajuk Drama : Ramadhan Terakhir
Siaran : TV3 – Slot Samarinda
Tarikh Siaran : 26 Julai 2011
Waktu Siaran : Selasa Hingga Khamis 10:30 Malam
Siaran : TV3 – Slot Samarinda
Tarikh Siaran : 26 Julai 2011
Waktu Siaran : Selasa Hingga Khamis 10:30 Malam
Sumber dari SINI
No comments:
Post a Comment
tap..tap..tap...komen ape tu...?