"kenapa tekanan darah awak naik??"
aku gelak...takkan kot doktor...saya ok je...
doktor kata
"kalau ok takkan tekanan awak naik...walaupon tak banyak...ini bukan tanda yang baik...nanti after raya kena check balik....hope turun yea..."
aku nak kata apa...cuma memikirkan ape yang buat aku tekanan darah naik...patutlah pagi kelmarin bangun tido jari-jemari aku bengkak...sakit kepala berdenyut-denyut...
Ya Allah ujianMu dibulan mulia agaknya....
tapi kelmarin jumpa doktor yang satu lagi...
"awak dah kawen..?"
aku senyum dan angguk kepala..segan..hehehe..tah apehal nak segan tak tau...
"urm...dah ada anak ke puan..?"tanya doktor lagi
aku geleng..." 2tahun dah saya kawen doktor...belum rezeki agaknya nak dapat baby..."
doktor susah hati...merayu supaya aku buat pemeriksaan dengan pakar...
aku pon senyum
"doktor kalau nak buat rawatan pakar perlu banyak duit,...saya ni mane ada duit sebanyak tu doktor...saya pernah jumpa doktor lain untuk scan perut sebab dah 3 bulan saya tak period...hasil dari situ dapat tahu saya kena ovarian cyst.."kata aku dengan bingung...
"kita ada banyak cara puan....you jangan risau...cadangan i mula-mulanya you kena pergi dapatkan surat rujukan untuk hospital...you just pergi mana2 klinik kesihatan buat check-up untuk masalah you ni...then nanti doktor akan refer you ke hospital....just bawak surat refer dan General Letter dari majikan..."terang doktor india tu...
"betul ke doktor...huhuhu...nasib baik saya jumpa doktorkan..kalau tak sampai sudah saya tak tau mane nak tuju...kalau private saya tak mampu doktor..." jawap aku dengan muka yang ceria....
"awak kena bertindak segera yea puan...sebab cyst tu yang menyebabkan puan period tak tetap...dan pada pandangan saya puan dan suami takde masalah dalam nak melahirkan baby yang sihat cuma gangguan dari cyst...moga kita jumpa lagi yea...hope dengan baby...hehehe" sambung doktor tu pada aku...
gelak aku dengar cerita doktor...so sedikit sebanyak aku lega dan keluar dari klinik dengan senyuman dibibir...
YA ALLAH....KAU YANG MAHA SEGALANYA....
info tentang ovarian cyst
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
No comments:
Post a Comment
tap..tap..tap...komen ape tu...?