nak kata ape..
kehidupan kita ni umpama duduk dalam gelungan bulat...
hari ni pusing duduk bawah...
esok lusa pusing lagi duduk tengah-tengah...
kalau ada 'ong' pusing-pusing...terus duduk atas...
tak berapa 'ong' duduk tengah² statik..hehehehe
ada orang berpendapat biasalah adat dunia kejap atas..kejap bawah...
tapi ada juga orang berpendapat yang ini semua KARMA
** (Menurut ajaran Buddha, undang-undang karma, menyatakan: `bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.' Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu, kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat yang buruk, maka pembuatnya akan menerima padah.
Menurut Chandogya Upanishad salah satu kitab di dalam agama Hindu, doktrin karma menyebut bahawa mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaumBrahmin, Kshatriya, atau Vaisya; tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk ke dalam rahim busuk seekor anjing, khizir atau pariah.
Dengan kata lain, setiap manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal.) sumber
tapi itu ikut pendapat masing-masinglah..macam aku..setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya.. DIA sahaja yang tahu sebab apa sesuatu tu berlaku...dan hikmah tu memang takleh nak nampak segera...
No comments:
Post a Comment
tap..tap..tap...komen ape tu...?