Friday, January 10, 2014

Running Man buat orang ketawa



Assalamualaikum korang...

macam yang saya janjikan...hehehe...

jom kita share pasal running man....yang pasti rancangan variety show yang berasal dari korea selatan...maksud running man dalam bahasa kita ialah 'orang berlari' 
yelah tagline dia pon 'don't walk, run !'  sape yang penonton setia memang pahamlahkan...kita yang tengok sama penat...bukan penat lari..tapi penat gelak..kihkihkihkih...

running man ni dah start pada 11 julai 2010..ha...maknanya dah 3 tahun benda ni..tapi menjadi perbualan rakyat malaysia hujung tahun 2012..pengambaran rancangan ni bukan sahaja tertumpu di korea semata²..mereka juga ada menjalankan pengambaran di Thailand..Hong Kong..dan China.. 
mereka ada juga datang ke singapura dan malaysia untuk jumpa dengan peminat² tegar mereka..hehehe

Running man ni dianggotai oleh 8 orang artis dan biasanya setiap episod akan ada artis undangan...


Yoo Jae-suk atau lebih dikenali sebagai  MC of the nation oleh peminatnya di korea...didalam running man pulak dia lebih dikenali sebagai grasshopper atau Yooruce Willis.



Kang Hee-gun atau nama glamernya Kang Gary atau Gary merupakan penyanyi rap, penulis lirik , pencipta lagu, penari, juga mempunyai restoran dan owner of Leessang Company.  Gary juga selalu digelar Monday Couple sebab suka menyakat ji hyo..


hohoho...ni ramai peminat ni.... Kim Jong Kook..peserta paling digeruni dalam running man...hahaha...adehai dalam RM lebih dikenali dengan nama Sparta ....sape yang tgk Rm tau ah kenapa paling digeruni..hahaha....dia ni penyanyi solo..tapi dulu dia ade duo yang diberi nama Turbo.....


Ha Dong Hoon atau lebih famous dengan nama Ha Ha....dalam RM diorang gelar dia Haroro ...Haha ni geng pengkhianat dalam RM...jong kook punya dongsaeng ni...tapi selalu khianat jong kook...adeh...


Geng RM paling tinggi.... Lee Kwang Soo atau lebih glamer giraffe ...geng pengkhianat sama ngan Haha jugak ni...baru-baru ni kwang soo mai Malaysia jumpa peminat2 dia...ohw nama baru dia Prince of Asia ok sebab peminat dia kat asia melampaui dari ahli yang lain....hehehehe...


si hidung besar...heheheheh gelaran Ji Suk Jin dalam RM... paling cepat akan dikalahkan..geng pengkhianat jugak ni...hahahahaha...walaupon Suk Jin antara geng yang veteran tapi dia tetap bagi all out untuk Running Man...chaiyookkk


satu-satunya peserta perempuan dalam Running Man weh...aik nape ada gegurl kan kalau nama pon running man...hahaha...diorang semua anggap Song Ji Hyo ni macam lelaki..hampeh sungguh..hahahaha...tapi gary je yang suka kat ji hyo sebab tu depa dua digelar monday couple...sooo chomel...oh ji hyo jugak digelar ace ji hyo sebab dia blur tapi ganas..hahaha


ha....ni flower boy dalam running man Song Joong ki...awal-awal je dia ada dalam running man..sekarang dia sedang menjalani latihan ketenteraan di korea...kan semua lelaki korea kena pergi latihan tu...huhuhu....

so ni antara info yang boleh di share tentang running man....nanti kalau ada lagi kita share ek..hehehehe biodata depa ke kan....

xoxo ( macam Mr DIM )






Tuesday, December 31, 2013

pengakhiran 2013

Assalamualaikum....

Hari terakhir 2013...esok dah 2014...

harapan adalah tahun 2014 akan lebih mengubah saya menjadi anak solehah...isteri syurga suami... IBU kepada anak² yg cute miut.... mana tau kot² rezki tahun 2014 kan...Amin...pada kawan-kawan yang masih menanti pon saya doakan kebahgiaan untuk anda semua tahun depan ek...Amin

celam-celum betul tahun ni saya karang blog...banyak benda nak cerita dan share tapi malas nak taip..boleh..hahahaha....tapi tahun 2013 adalah tahun yang indah buat saya...tahun saya tambah kenalan di tempat kerja baru..tahun saya tambah kenalan di alam maya sebab saya bisnes itu dan ini....tahun yang indahlah kiranya...moga tahun 2014 akan lebih mengembirakan saya hendaknya...

tapi yang paling tak boleh blah ialah...hahahaha...saya sekali lagi jatuh cinta dengan dunia korea..haiiyaaa....
ini semua gara-gara running man...asalnya saya memang buat bodoh je bila kawan² dok cerita pasal running man...tapi sekali terjebak jugak...punyalah parah  beli external hard disk untuk copy running man dari episode 1...dan sekarang dalam simpanan dah episode 177....hambik kauuuu...astro plak bagi tgk channel 395 free sampai thun 2014 bulan ape tak tau...lagilah...setiap hari sayalah penanti setia depan tv nak tgk cerita² korea....tu belum kes online plak kan..hahaha..ketagihan melampau tu...

next entry saya share pasal running man ek..hehehe...mayb ada yang memang tau sangat²...mayb ade yg tau sikit² mayb ada yang tak tau lansung..hehehe...tapi saya suka monday couple..hehehe...oklah

see ya...

wasallam  :)


biar jari ketik-ketuk..mulut jangan macam bertih jagung...hahahaha


Friday, October 18, 2013

Si Ibu Yang Bodoh....

Assalamualaikum semua....

Holla....

beon-yeong chugha



Subhanallah Maha Suci Allah....

saya nak share sumthing....mayb benda ni dah lapuk dek hujan...but kita kena jadikan pengajaran bersama...


Si IBU yang BODOH...
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. 
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!


janganah kita memandang rendah pada orang lain...semua manusia sama didunia ni...semua makhluk Allah SWT....dia cipta kita sebaik-baik kejadian....jangan sesekali kita nampak org tu tak bagus sebab dia hanya berbaju buruk..dan tak semestinya dia bagus kalau baju dia sangat CLEAN....huhuhuuhuhu...

Ibu...ibu....engkaulah ratu hatiku....