Thursday, February 2, 2012

K.A.R.M.A itu satu pembalasan atau pengajaran..?

nak kata ape..
kehidupan kita ni umpama duduk dalam gelungan bulat...
hari ni pusing duduk bawah...
esok lusa pusing lagi duduk tengah-tengah...
kalau ada 'ong' pusing-pusing...terus duduk atas...
tak berapa 'ong' duduk tengah² statik..hehehehe

ada orang berpendapat biasalah adat dunia kejap atas..kejap bawah...
tapi ada juga orang berpendapat yang ini semua KARMA

** (Menurut ajaran Buddhaundang-undang karma, menyatakan: `bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.' Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu, kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat yang buruk, maka pembuatnya akan menerima padah.
Menurut Chandogya Upanishad salah satu kitab di dalam agama Hindu, doktrin karma menyebut bahawa mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaumBrahmin, Kshatriya, atau Vaisya; tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk ke dalam rahim busuk seekor anjing, khizir atau pariah.
Dengan kata lain, setiap manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal.) sumber

tapi itu ikut pendapat masing-masinglah..macam aku..setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya.. DIA sahaja yang tahu sebab apa sesuatu tu berlaku...dan hikmah tu memang takleh nak nampak segera...

Saturday, January 28, 2012

::MULUT::TELINGA::HATI::AKAL::BISIKAN SYAITAN

sampai satu tahap dalam hidup ni kita akan jumpa satu

Zon Selesa


tapi kadang-kadang ikut nasib jugak...
zon selesa tu tak selamanya selesa..
selesa bukan selasa...

mood taip entry sekarang tanpa gambar...
hanya dipenuhi dengan bait-bait ayat..
yang kadang-kadang lebih pada karutan..bukan mencarut..

tengok melompat-lompat aku taip entry...
cuma yang aku tahu sekarang aku jumpa zon selesa aku...
keadaan sekeliling kalau kita terlampau amik tahu pon boleh buat hati kita disakiti...
kata-kata yang terbit dari mulut orang sekeliling ni kita kena pandai tangkis...
mayb kalau kita just senyum kata-kata tu akan senyap...
kalau kita libas balik tak mungkin akan tamat perang kata-kata tu kan....

so kata-kata manusia ni lebih tajam dari mata pedang...
just beware je...jangan sampai kita hilang kawalan hanya kerana kata-kata
pernah dengar peribahasa ni

"terlajak perahu boleh diundur..."
 terlajak kata padah menanti....

apepon mulut yang berkata-kata dan telinga yang mendengar...banyakkan sabar..pujuk hati tu sabar...guna akal fikiran tu bertindak dengan bijak...

Adios....

Friday, January 27, 2012

Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO]





Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan