Tuesday, December 31, 2013
pengakhiran 2013
Hari terakhir 2013...esok dah 2014...
harapan adalah tahun 2014 akan lebih mengubah saya menjadi anak solehah...isteri syurga suami... IBU kepada anak² yg cute miut.... mana tau kot² rezki tahun 2014 kan...Amin...pada kawan-kawan yang masih menanti pon saya doakan kebahgiaan untuk anda semua tahun depan ek...Amin
celam-celum betul tahun ni saya karang blog...banyak benda nak cerita dan share tapi malas nak taip..boleh..hahahaha....tapi tahun 2013 adalah tahun yang indah buat saya...tahun saya tambah kenalan di tempat kerja baru..tahun saya tambah kenalan di alam maya sebab saya bisnes itu dan ini....tahun yang indahlah kiranya...moga tahun 2014 akan lebih mengembirakan saya hendaknya...
tapi yang paling tak boleh blah ialah...hahahaha...saya sekali lagi jatuh cinta dengan dunia korea..haiiyaaa....
ini semua gara-gara running man...asalnya saya memang buat bodoh je bila kawan² dok cerita pasal running man...tapi sekali terjebak jugak...punyalah parah beli external hard disk untuk copy running man dari episode 1...dan sekarang dalam simpanan dah episode 177....hambik kauuuu...astro plak bagi tgk channel 395 free sampai thun 2014 bulan ape tak tau...lagilah...setiap hari sayalah penanti setia depan tv nak tgk cerita² korea....tu belum kes online plak kan..hahaha..ketagihan melampau tu...
next entry saya share pasal running man ek..hehehe...mayb ada yang memang tau sangat²...mayb ade yg tau sikit² mayb ada yang tak tau lansung..hehehe...tapi saya suka monday couple..hehehe...oklah
see ya...
wasallam :)
biar jari ketik-ketuk..mulut jangan macam bertih jagung...hahahaha
Friday, October 18, 2013
Si Ibu Yang Bodoh....
Holla....
beon-yeong chugha
Subhanallah Maha Suci Allah....
saya nak share sumthing....mayb benda ni dah lapuk dek hujan...but kita kena jadikan pengajaran bersama...
Si IBU yang BODOH...
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!
janganah kita memandang rendah pada orang lain...semua manusia sama didunia ni...semua makhluk Allah SWT....dia cipta kita sebaik-baik kejadian....jangan sesekali kita nampak org tu tak bagus sebab dia hanya berbaju buruk..dan tak semestinya dia bagus kalau baju dia sangat CLEAN....huhuhuuhuhu...
Ibu...ibu....engkaulah ratu hatiku....
Monday, October 14, 2013
Selamat makan rendang daging ek...
Tidak mengapa kalau kita dilupa kawan-kawan...
Tidak mengapa kalau kita dilupa keluarga....
Tidak mengapa kalau kita dilupa komuniti
Tidak mengapa kalau kita dilupa Masyarakat...
TETAPI
sedihlah jika kita dilupa oleh ALLAH SWT
sedihlah jika kita tidak ditegurNya
sedihlah jika kita tidak diujiNya..
sedihlah....sedihlah
SALAM AIDIL ADHA 1434
Wednesday, October 9, 2013
Anna Kendrick - Cups (Pitch Perfect's "When I'm Gone")
masih bernafas dibumiNya..Tq Allah SWT
Two bottles whiskey for the way
And I sure would like some sweet company
And I'm leaving tomorrow
What do you say ?
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my hair
You're gonna miss me everywhere
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my walk
You're gonna miss me by my talk
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
The one with the prettiest of views
It's got mountains, it's got rivers
Its got sights to give you shivers
But it sure would be prettier with you
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my walk
You're gonna miss me by my talk
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my hair
You're gonna miss me everywhere
Oh, you're sure gonna miss me when I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my walk
You're gonna miss me by my talk
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
Tuesday, October 8, 2013
senanglah kau bercakap...
"aku tak nampak mana susahnya kau tunggu dia"
kata-kata yangmencengkam jiwa raga aku saat kau lafazkan kata-kata tu..
sebab utamanya aku takkan pernah nak tunjuk...dan kau takkan pernah nak nampakkan...
tengok tu gunalah mata hati..jangan hanya guna mata kasar...
lenggok kaki melangkah menuju kejalan yang besar
jalan yang penuh liku dan duri...
jalan yang entah aku sendiri tak pasti kemana akan sampainya...
nota 360 : takde kena-mengena dengan aku
Kenapa mesti aku?
Hati ini sakit...pedih...
Jiwa ini lelah....keluh kesah...
Otak ini jerih....perit...
Aku berlari-lari anak hingga tak jumpa mana lorongnya...
Aku jalan perlahan menyusur ombak-ombak yang menipis dikaki...
Aku merangkak demi mencapai tanganmu....
Sampaikah aku ke destinasi itu??
Kau yang tentukan...
Siapa aku tapi kamu...
Kamu...seperti ku kenal iras mu...
Persetankan mereka...
Jangan kau pandang jiwa mereka...
Lelah...
Penat...
Pedih...
Perit...
Jerih....
Entah bilakan hilang. ..
Monday, October 7, 2013
Kadang-kala itu menyakitkan
Kadang-kala...kita disukai...kadang-kala kita dibenci...itulah lumrah dalam kehidupan yang ALLAH SWT dah aturkan untuk kita...baik atau jahat macam mana pon kita...kita takde hak nak menyoal penciptaanNya...
Kadang-kala kita diatas...kadang-kala kita dibawah...apa gunanya akal dan perasaan kalau kita tak pandai nak bermain dengannya...ALLAH SWT mencipta kita dengan sebaik-baiknya...janganlah kita sia-siakan apa yang telah dikurniakanNya..
Kadang-kala hidup ni sempit...kadang-kala terasa lapang dada...tapi janganlah kita lekas mengeluh atau lekas membangga diri hingga lupa tanggungjawab kita padaNya,...
Wednesday, May 29, 2013
Istiqamah...
Mata terkebil2 lagi..hehehe..tgh dok habiskan pavlova yg manis ni...sesambil teguk ayaq masak...
Ada sorang kawan ni...dia berusaha nak berubah jadi baik dari sekarang...Alhamdulillah nampak perubahan demi perubahan yang berlaku pada dia...siapa kita tak happy..syukur kehadratNya... cuma biasalah bila kita ni nak berubah jadi baik..dugaan makin datang dan datang... DIA uji hambaNya...
Istiqamah penting untuk terus kukuh dalam garisan perubahan...dugaan sentiasa ada dikiri kanan kitakan...tak pernah culas...
Ada terbaca satu qoute...
Allah SWT sengaja mendatangkan kita seorang kawan yang baik...untuk bawak kita sama2 kearah jalan yang Allah redhai...
Dan satu masa DIA akan tarik kawan kita tu untuk uji ketahanan kita tanpa kawan yang baik tu...samada kita akan terus berubah menjadi lebih baik atau kita berpatah balik ke jalan yang DIA murkai...
Monday, May 20, 2013
Hanya KAU yang tahu
Dugaan..kita takkan pernah tahu bila saatnya kita akan diuji...ujian yang bagaimana pon kita takkan tahu... Allah Swt Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...dia takkan menguji hambaNya melebihi dari kemampuan kita...
Aku akan lebih positif..ujianNya Maha Berat utk aku tanggung...tapi biarlah Allah SWT yang melakukan segalanya...
Sesungguhnya aku dah penat..penat sangat..sangat...lelah aku kadang-kadang hingga sampai satu tahap aku rasa give up...jiwa aku sesak...sesak yang tiada penghujung...
Ya Allah hanya padaMua aku memohon.
Hanya padaMu aku berserah....
KAU kuatkanlah jiwa ragaku Ya Allah dlm menempuh setiap ujianMu Ya Allah...
Thursday, May 9, 2013
Bulan Dah Nak Tutup weh.....
Tuesday, May 7, 2013
Puisi Hati
ada hati.??jaga..
ada mulut?? jaga..
ada telinga??jaga...
ada mata??jaga...
ada suami..? jaga...
ada isteri..??jaga...
ada anak..??jaga...
ada keluarga..??jaga...
ada kerje..?jaga...
ada agama..?? JAGA...
ada iman..??JAGA
ada jiwa..??jaga..
ada akal..?? jaga...
ada kehidupan sendiri..??JAGA...
banyak benda tak nak dipikirkan dalam hidup kita ni..??
ke memang takde benda korang nak pikirkan..??
so hati-hati..jaga-jaga...
jangan sampai HATI tercalar..
jangan sampai MULUT tercelupar..
jangan sampai TELINGA salah dengar..
jangan sampai MATA salah nampak...
jangan sampai SUAMI kena kebas...
Jangan sampai ISTERI tgk lelaki lain...
jangan sampai ANAK biadap...
jangan sampai KELUARGA terbiar....
jangan sampai takde...KERJE....
jangan sampai AGAMA tergadai...
jangan sampai IMAN tergoyang-goyang...
jangan sampai JIWA sengsara...
jangan sampai AKAL terpesong GILA...
jangan sampai KEHIDUPAN takde makna...
sekian...
mereka umpama anak kecil yang degil..yang dalam proses nak tahu itu dan ini...lagi kita marah..lagi kita tegur makin dibuat..makin degil...makin ketegaq...umpama nak menegakkan benang yang basah...so...jalannya..biarkan aje dia..biarkan dia rasa sakitnya...bila diri sendiri dah rasa sakitnya maka dia akan diam sendiri..dia akan tahu rasanya sendiri..biarkan...biarkan ajek....
Tuesday, April 30, 2013
Just Give Me A Reason Pink (feat. Nate Ruess)
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them
Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again
I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah but this is happenin')
You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again
Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again
Monday, April 29, 2013
Antara Pesta Buku Antarabangsa dengan saya... :)
Tuesday, April 23, 2013
Aku tiba bagaikan pelangiiiiiiii
adalah orang tu kata...taip blog macam kita sedang bercakap depan kawan-kawan... diam² aku cuba hadam ayat tu..hahahahaha...aduhai DIM ni... Tq much call saya suh sambung menaip di blog sendiri...
tak sangka dalam diam ramai yang sayangkan saya...yelah...ramai tegur nape senyap xberblog kah..?
ada juga yang sangka saya dah preggy so saya senyap sunyi sepi...
saya belom preggy lagi..lom rezki..hehehe... mari kita sama-sama doa ok..hehehe
DIM sila doa lebih sikit..hehehe
sempat jugak baca entry kawan-kawan tapi bila nak taip di blog sendiri jari kaku..hahahaha
ape aku nak taip ni...walhal banyak benda boleh dicerita...boleh dishare...
hehehehe...saya kena marah tau sebab tak update entry..biarkan blog bersarang..hehehehe...sorry kawan-kawan semua...
dikesempatan ni saya nak ucapkan TAKZIAH pada DIM saya ni...tabah sungguh hati dia...takpe DIM hanya DIA yang tahu apa yg terbaik untuk kita hambaNya...moga arwah kak gee tenang disana..kita pon dah borak² hari tu so no sedih²..teruskan hidup...so skrg DIM saya ni dah bergerak aktif memberi ceramah motivasi di banyak tempat...Alhamdulillah.....moga yangbaik kita kongsikan bersama...
nak ucapkan TAHNIAH pulak pada kawan-kawan yang preggy..hehehe...seronoknya rasa kita pon nak lompat bintang bersama..eh jangan...bahye..kita je boleh..awak jangan..hehehe...
TAHNIAH pada yang dah dapat baby...ramai kawan-kawan yg berlumba² keluarkan baby tau..hehehehe...seronok jugak bila kawan² seronok..hehehehe....
oklah nak gi jenjalan makan kek jap.. jom sapa nak itut....jommmmm....sape dalam pantang bertabahlahhhhh
muahhhh
xoxo