Thursday, November 18, 2010

Sudah tertulis di Loh Mahfuz

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.


"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..


Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.


Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.


Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.


Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.




Adakah ia suatu diskriminasi?




"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita


jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada


sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.


Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas


jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak


akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh


cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple


mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita


berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah


tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang


kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan


dikahwinkan dengannya.."




Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya


kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,




"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi


hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi


hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya


hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang


bukan milik dia.




Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.




Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai


antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi


apabila kita mencintai saudara perempuan, kita


bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita


ada batas-batasnya.




Orang kafir kata batas-batas ini suatu


diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat


itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki


dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita


mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna


agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.


Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula


dengan yang lain..




Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan


dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha


Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama


bekerjasama untuk mencari redha Allah..


Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan


untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang


awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar


biasa...




Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya


persoalan hati ini.




"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh


cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun


bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada


lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang


curang, suami yang curang..




Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang


penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita


supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta


itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.


Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang


kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si


dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,


segala perkara yang kita cintai dan sayangi


termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..


Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,


beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita


benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.


."




"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita


sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu


untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh


memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri


dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-


kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam


hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa


tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa


sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta


dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza


dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah


pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,


sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta


dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..


Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang


pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "




Redha




"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan


untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak


mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau


yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau


dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang


ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap


insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing


-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat


mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna


dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil


kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si


lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."


Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

SUMBER
mari kita renung cerita nie..i yg dah kawen ni pon sentap jugak.....renungkanlah....

Tuesday, November 2, 2010

sambungan entry yang lepas....

ok mengikut entry saya semalam berkenaan "nak tahu jugak anda pilih yang mane"...Tq pada yang bagi jawapan.... iva pilih "c"...sebab itulah realiti yang berlaku..yang lagi bestnya kenderaan yang iva maksudkan adalah sebuah "Teksi".......Mencalar sedikit nama baik "Teksi" yang lainkan.....


ceritanya begini...masa tu kat area jalan kuching susur nak ke jalan ipoh...tetiba ada satu teksi ni pintu bahagian "driver" terbukak..iva mula² terkejut..."eh pintu keta dia terbuka...takut jugakkan kang tetiba tergolek plak orang kat tengah jalan tuh...TAPI....salah jangkaan i tuh...


rupa-rupanya...si teksi driver ni tadi...nak buang sesuatu...iaitu SAMPAH....huhuhuhu...TIADA ADAB LANSUNG....KURANG SOPAN.....so kebetulan dia slow sikit, dapatlah kami pintas teksi tu..malunya iva...yang bawak teksi tu ORANG MELAYU...yang terkenal dengan adab sopan....huhuhu..bila hon pon muka driver tu selumber je dan juga muka kekenyangan.....huhuhuhu....


bayangkan lama² jadi camni...yuck....
sumber dari kanda gOogle

so kawan² janganlah macam ni yea....janganlah buang sampah merata-rata,,,,buruk rupanya...walaupon kita kat umah sendiri..janganlah buang sampah ikut suka hati je..kan ade TONG SAMPAH...gunakanlah dia yea....


sumber dari kanda gOogle


 tengok kanak-kanak pon pandai buang sampah ditempat sepatutnya....
ajarlah anak² dari kecil lagi....
sumber gambar dari kanda gOogle


ok sekian dari saya..pesanan dari penaja jangan jadi budaya yang kurang sopan dan kurang adab yea....



Monday, November 1, 2010

nak tahu jugak anda pilih yang mane...???

apakah pendapat anda tentang orang yang membuang sampah dari dalam kereta ke luar then muka macam tak bersalah....???kalau anda semua hadapi keadaan itu ape yang anda nak lakukan...??


a) nak pintas kenderaan tu then suh owner dia turun then marah² dia kat tengah jalan raya...
b) buat perkara yang sama tapi masa tu kenderaan tu dibelakang kenderaan kita..
c) hanya mampu geleng kepala dan tulis blog mengenainya sebab bila ko hon owner kenderaan tu buat muka BODOH tak bersalah....
d) bukak tingkap kenderaan anda dan hon banyak kali kat kenderaan yang kurang sivik tuh....


ATAU...


e) jawapan atau pendapat dari anda...???


yang mana satu pilihan kalbu...???




Monday, October 25, 2010

Apabila kita kehilangan yang kita paling sayang....macamne rasanya....??

ni blog member aku.....nama dia lily samsudin (lily kalau ejaan bapa kau salah manyak soli haa....hehehe)....dia kata blog dia dah lama tak update dan dah banyak entry dia dah delete....tapi i kata..takpelah jom kongsi link je....so bila dah kongsi..i pon start baca blog dia...yup mmg dah lama tak update..puan lily sila rajin update eh..hehehe...

so dari satu entry ke satu entry lagi...tersangkut lama kat entry ini....huwaaaaaa............kenapa yach..musim airmata mungkin......sayu sangat hati ni lily baca coretan dari hati kau utk mak kau..Al-Fatihah untuk ibumu..moga rohnya tenang dan diletakkan dalam golongan org beriman...amiin....(maaf lambat ya sebab aku jumpa kau balik pon arwah mak kau dah selamat bersemadi....) tapi entry kau betul² meruntun hati aku.....

sekarang aku terpikir pula antara aku dan nyawa mak aku..mane yg pergi dulu...biarlah aku dulu kot...aku tak tahu macamne nak menghadapi keadaan itu suatu hari nanti...yea aku tau...ajal maut sudah tertuliskan....tapi yelah kita manusia biasa..tak lari dari memikirkan benda² begitu......


Friday, October 22, 2010

macamana yea kalau saya pergi dulu....

tiba-tiba pagi ni terdetik kat hati kecik ni...camne ek kalau Allah tarik nyawa aku tetiba....tak cukup lagi akaun amalan aku tu kot.....
terdetik jugak...camne agaknya Allah tarik nyawa aku nanti....adekah sempurna atau tidakkah..??yelah tgk macam baru² ni...eksiden...ade yg takde kepala...takde tangan...muka hancur..Ya Allah....kau jauhkanlah itu semua dariku Ya Allah....

kau tau..aku ni takdelah baik mane....sebab nobody perfectkan...TAK SEMPURNA...tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik....demi memenuhkan tabung amalan aku yg kurang tuh...korang camne...??

tadi blogwalking....terjumpa satu blog photographer nie....tapi baru je arwah pada hari sabtu yang lalu....Innalillahiwainnalillahirrojiun...menurut ape yang aku dapat baca dari blog rakan²nya..he's got brain tumor...MasyaAllah...tetiba jatuh dan sakit...koma dan terus pergi menemuiNya....tunang or aweknya pon sangat sedih....mari sama² kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah yea....

erm...yup i know itu semua takdir Allah S.W.T...tapi tipulahkan kalau kita tak penah pikirkan tentang itu...kalau kita takde pasangan kita mesti pikir antara nyawa kita dengan keluarga yg paling hampir mak kita....betulkan....??


sambil karang blog sambil call pekebun kobis di cameron highland...uh....walaupon dengar cam senang...ohhh...korang mesti xmau buat kalau kena kat korang...but this is my job kan.....hola all pekebun kobis di tanah cameron...hehehehehe....i tak pernah ceritakan secara details about what i'm doing at cameron sampai berminggu disana menahan kesejukan tapi bila balik KL kulit boleh jadi hitam terbakar..wow...hehehe...nanti i ceritakan okeh....







Thursday, October 21, 2010

Kenapa nak dengki pada saya nie...???saya takde apepon...

Salam satu Malaysia....




saya belajar tentang sesuatu lagi....
Tak semua orang suka kita.....
Dan tak semua juga yang benci kita...
So...Be U'rSelf sudah....

one more thing....

masuk kandang kambing jadilah kambing...
masuk kandang lembu jadilah lembu plak...

hamba Allah bergelar manusia memang dilahirkan dengan banyak perasaan antaranya ialah....
Tak boleh terima kalau ada orang lebih bagus dari kita...
aku mengaku...kadang² aku ada perasaan tu....tapikan....dulu aku tak leh nak kawal...
sekarang...Alhamdulillah...bila perasaan tak leh tengok orang lebih dari aku tu datang aku hindar dengan senyum...dan fikir rezeki kita lain²....betulkan...???

Tapi ada juga golongan manusia ni tak boleh nak kawal diri dia dari terus-menerus dengki dengan kejayaan sipolan tu.....cubalah kau sedar diri sikit.....diri kau kalau tak berubah...sampai bila² pon takkan berubah tau....Allah Maha Mengetahui.......





Thursday, October 14, 2010

layout sudah bertukau...

hehehehe...dah tukau layout dah....erm..macam serabut sikitlah...anybody leh x bagi link ape²..ingat nak tukau fontlah..kasi kemas sikit...hehehehe...


today i learn something....




i ) biar mana2 pun kita pegi,kita berkawan ngan semua org walaupun kita tak suka org tu,bukan hipokrit cuma tanak perbesarkan masalah yg telah timbul..
akan dtg manalah tau hari kita plak kan..? sabar tu indah bangat....qoute by my officemate...


ii ) Kat dunia dia bahagia, senang-lenang, gelak ketawa, sombong serta seangkatan dgnnye.. Kat akhirat nanti, gelak dia bertukar menjadi jeritan seksa, ketawanye bertukar menjadi tangisan hiba, senang lenangnye bertukar menjadi seksa tak terhingga, sombongnya bertukar menjadikannya hina dina. Moga dia diberi hidayah dari Ilahi.....qoute by my brother....


erm...hati yang panas jadi reda bila hayati apa yang mereka bagi pada aku ni....airmata tiba-tiba bertakung..tapi aku taknak ia mengalir membasahi pipi aku hari ini...masa tengah panas hati tadi pon call kanda...air mata macam laju je nak kuar..tapi aku tahan..aku tarik nafas dalam-dalam...aku cuba tenang...aku kena kuat jangan lemah...kena tunjukkan pada semua aku bukan mudah dipersendakan....ya..aku kena kuat...aku tak boleh cepat mengalah.....Ya Allah...kau salurkanlah kekuatan dalam diri hambaMu ini Ya Allah.....




Thursday, July 15, 2010

perempuan manusia lemah tertindas atau...??

aku tak penah lagi review perihal suratkhabar..tapi hari ni aku terpanggil....

apelah dosa menjadi wanita...
apelah daya menjadi wanita....























kalau kau nak membuat jenayah rogol tu buatlah (tapi kalau boleh janganlah pernah terdetik nak merogol),...tapi tolonglah jangan dibunuh...
masalahnya kau dah bunuh..aku tak tahu ape kau fikirkan....kau bakar pulak mangsa kau tuh...
kau ni ada otak ke tak..??aku tak tau sapa yang salah..tapi janganlah kejam sangat sampai kau bakar perempuan tuh....kau curah minyak petrol dekat kemaluan perempuan tu dengan beranggapan air mani kau atau ape² milik kau takkan dapat dikesan oleh pihak² berwajib....ok mungkin kau akan terlepas....tapi aku doakan sepanjang kehidupan kau dalam dunia ni takkan dapat hidup tenang..kau akan dihantui dosa² kau....kau takkan selamat...didunia ni kau lepas berkeliaran tapi disudut hati kau takkan tenang...dan dialam barzah nanti kau tunggu sahaja pembalasan setimpal buat kau yang kejam tuh....

mintak dijauhkan dari kita semua perkara² seperti ini...sumber selanjutnya boleh rujuk sini....

Tuesday, July 13, 2010

tanda nama

Ok sekarang nak tanya kalian....tanda nama itu penting atau tidak...??pada saya kalau dalam institusi pekerjaan memang penting sangat.....walhal masa zaman sekolah pon tanda nama tuh memang dianggap penting..bayangkan masa sekolah rendah dan menengah dulu dari tanda nama pakai pin akhirnya lekat terus ke baju atau tudung..mane taknya...kalau yang pakai pin selalunya tak pakai..bila ade "spot-check" secara mengejut alasan yang paling baiiikkk punya adalah..."alamak tertinggal kat umah cikgu.."..hahahahaha..tapi ingat kalau kamu bagi alasan camtu tak kena denda..hehehehe...so akhirnya lekat terus ke baju atau tudung...hehehe...chomel jek...

masa zaman universiti dulu takdelah tanda nama yang lekat kat baju tuh...kami diberikan sekeping kad yang dipanggil "kad matriks"...disitu ada nama penuh..ic number...kemasukan tahun berapa dan juga amik jurusan ape..dan yang paling bestnya ialah...ada gambar sendiri ok...hehehehe....pakailah kad tu selama 3tahun di UiTM Sri Iskandar, Perak..hehehe...tempat menggila saya dulu²...

sekarang saya dah bekerja disalah-satu institusi awam di Malaysia ni...so mula² masuk kerja dulu awal² saya dah dapat tanda nama...yang lagi seronok dari sekolah hingga kerja tanda nama saya tak pernah guna nama pendek...semuanya nama penuh....nasib baik nama ayah tak muat nak masukkan sekali...
JUJUR saya bangga dengan tanda nama saya yang penuh tuh....seronok...cuma kad pekerja saya belum berhasil lagi...puncanya..pihak pentadbiran tidak notis pon gambar saya tiada dalam simpanan mereka....bila saya telefon baru nak info....hurrmmm saya agak kecewa jugak masa tu...kenapa tak info saya awal²..takpelah nanti saya pergi buat gambar berukuran pasport...hehehehe...
oh sambung balik pasal tanda nama....sebenarnya baru² nie ada memo dari pengerusi tempat saya kerja nie..bukan pada saya seorang tapi untuk semua staff..berkenaan pemakaian tanda nama.....kalau diikutkan sudah lama arahan memakai tanda nama dikeluarkan tapi biasalah masing² hanya memandang bagai angin lalu je...hehehehe..tadi saya duduk-duduk di tingkat 3..ada 3 orang rakan sekerja yang sedang menunggu "lift" sambil berborak²..nak jadikan cerita tiba² pengerusi yang bagi memo dan arahan juga mahu tunggu "lift"...maka beliau bertanya kepada 3 rakan sekerja yang rancak berborak.


Pengerusi : staff sini ke orang luar...??

3 staff : terkejut dan terdiam...

Pengerusi : staff sini atau orang luar..??

Staff 1 : staff sini tuan...

Pengerusi : oh saya ingat orang luar..mane tanda nama..??kenapa tak pakai...??

bebelan seterusnya sebab "lift" sampai dan pengerusi bersama 3 staff tadi(terpaksa naik sekali)....masuk kedalam "lift"....

saya tersenyum saja..sebab saya memang memakai tanda nama setiap hari tersekat segak di jaket hitam saya nie...hehehehe....

pesanan penaja : lain kali belajar² cuba pakai tanda nama walau kemana anda pada hari bekerja...

pssssttt : kadang² saya terpakai sampai ke waktu makan di kedai makan atau ke "shopping mall"...hehehe...(lunch hour).. 



tanda nama saya yang penuh dengan nama saya,....hehehe

 



Monday, July 5, 2010

boleh ke macam tuh..??

persoalan hidup saya sekarang....
adakah bahgia dalam hidup kita akan berkekalan kalau kebahgiaan itu dibina diatas kesedihan dan penderitaan orang lain.....
adakah bahgia itu akan berkekalan....?????
okeh i setuju memang akan bahgia tapi sampai bila...????
soklan lagi satu,,,???
kenapa seseorang tu nak mendera jiwa raga seseorang dengan tidak mahu melepaskannya...
kenapa....????
i sedih dengan orang-orang yang hipokrit macam tuh...
egois......

p/s : ni xde kena-mengena secara lansung dengan i...tapi tempiasnya kena jugak sikit...

Monday, May 17, 2010

ape pendapat korang..??

korang gembira tak kalau korang dapat gembirakan hati orang-orang disekeliling korang...???
aku..??
dah tentulah...teramat bahgia bila org disekeliling kita gembira....sampaikan korang xbuat lawak yg kelakar sampai nak tersimpul tali perut pon orang leh gelak beriya-iya....
TAPI
camne plak kalau korang ni asik meyusahkan orang disekeliling korang....
yelah aku faham bukannya niat korang nak susahkan merekakan....
yelah asalnya niat tu baik pon..tapi disalah ertikan...
dipandang senget oleh mereka....
so nak wat camne..????




notamuka : maaf banyak2 kalau iva xsempat nak raoundaboat kat blog korang..jangan risau akan dilawat walaupon lewat...maaf banyak2..

Thursday, May 13, 2010

Tq kawan-kawan

huhuhuhuhu..terharu saya....sangat terharu,....
betul..tak tipu....terharu yang sampai nak leleh air mata...
sebab ape..sebab tak sangka rupanya ade jugak kawan-kawan blogger walaupon xramai tapi masih menyayangi iva...
ok2..iva akan cuba rajinkan diri update blog...hehehehe..
i love u aLL.....cayaLah...




Wednesday, May 12, 2010

lumrah dalam hidup..beginiLah....


Life kita ni sebenarnya complicated...
tapi biasanya kita sendiri yang menambah
nilai complicated tuh...
aku pon bukannya sempurna mane...
yelah nobody perfect kan...
tapi jangan ar dengan menambah nilai complicated tu sampai menyusahkan diri sendiri....

aku tak menunding pada sesiapa...
sebabnya,....
satu jari aku tunding pada kamu...kamu..atau kamu...
ade lagi 4 jari menunding diri aku sendiri...
macam aku cakap..
aku tak sempurna...
sedarlah wahai
kamu..kamu...dan kamu....
bangkit dari tidur yang lena...
jangan pernah rasa takut untuk hadapi
kenyataan pahit dan manis dalam hidup ni..




Tuesday, May 11, 2010

Dedikasi kepada Puan Aisah Haji Abdullah

ntry kali ini di dedikasikan kepada

Puan Aisah Haji Abdullah


umie....pada along hari-hari adalah hari ibu...tapi bulan 5 ni bulan istimewa...
along tau along bukan anak yang baik...

selalu langgar perintah
selalu langgar pantang..hehehe
selalu tak dengar kata..
selalu ikut sukahati je...
selalu buli umie..
selalu usik-usik umie...
selalu buat umie nangis...huhuhu
selalu buat umie ketawa...
selalu buat umie kecewa...
selalu buat umie marah...
selalu buat umie geram...hish budak nie...
selalu buat keputusan sendiri...
selalu buat umie rindu...
selalu buat umie tak rindu...

umie along sekarang dah kawen...macam tak percaya along dah jadi milik org lain...
umie along tahu apepon yg terjadi umie tetap

ibu yang mengandungkan along selama 9bulan 9 hari...
ibu yang melahirkan along dengan susah -payahnya sampai tumpah darah (sebab along anak first )
ibu yang jaga along dari along kecik sampailah along dah besar skrg....
ibu yang amik berat pasal along dari along kecik umur sehari hingga ar umur along dah sampai tahap dah jadi bini org nie...

along sedar dan tahu hakikat tu umie..umie janganlah risau sebab along tetap anak umie..dan kalau along dipanggil DIA nanti pon..masa pembacaan talkin..nama along akan berbintikan nama umie...

kadang-kadang along nanges....along sedey..along sakit....along kecewa...along taknak umie tahu...along simpan sorang-sorang je...tak mahu org lain susah sebab along.,.terutamanya umie..along tak mahu umie susah hati sebab along.....

TAPI..along gembira..along ketawa...along bahgia,....along nak kongsi semua tuh dengan umie..walaupon kadang-kadang along gagal kongsikan itu semua dengan umie....tapi apepon yang berlaku umie tetap dihati along...umielah ibu yang terbaik untuk along dan adik-adik...

ALONG SAYANGKAN UMIE...



iniLah yang memberi inspirasi dan kekuatan pada along untuk teruskan kehidupan...
terimakasih umie melahirkan along....


Wednesday, May 5, 2010

sedih tak kawan-kawan..??

erm...nak jadi seorang yang dewasa bukanlah sesuatu yang senang...
banyak benda yang perlu dihadapi...
masa ituLah kita tahu dimana sebenarnya kemampuan diri kita....
tapi kadang-kadang manusia nie suka mencuba..sedangkan dia sendiri xpasti apa kemampuan sebenar mereka....

dulu aku xtau ape keupayaan aku dalam hidup nie....tapi aku mencari dan terus mencari....aku xpasti aku dah jumpa atau tak..tapi aku cuba selagi yang aku mampu.....


Tuesday, April 27, 2010

WTF.....

Assalamualaikum kawan-kawan...
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkkk(menggeliat.....)hehehe

pergh masuk sorang ni dah 2-3 org tanya bila nak update blog...
maaf ek....kadang2 bila nak menaip je ade je halangan yg dtg..eceh...(tolonglah percaya..)hahahaha

ade satu cerita yang leh dijadikan moral ar...




ceritanya begini..kejadian berlaku kat office aku....
ade 4 org dok bergossip tentang seseorang yang xdisukai kat department aku  ni...
gossip ni berlarutan dari minggu sudah..hehehe....gilalahkan...mane tak nya...
setiap hari ade je isu nak ungkit..benda kecik pon....
tgk ar kat atas tu..pasal salah taip je pon....
so tah camne member aku leh plak terlepas ayat 
"WTF"
seperti diatas tuh..hahahah...
salah sorang dari 4 ni plak dah kira akak2 ar...anak dah 3...
so dia pelik ar ape "WTF" tuh....

so korang...ape WTF tuh...???

pada aku
What The Fun....

hehehehe..positif beb..positif...
moral of da story bak kata member sorang nie
gunalah perkataan mesra umur ek..
hahahahah




Wednesday, March 10, 2010

kejap je kan....masa tu berlari ke jaLan..??

wah...giLa lama meninggalkan blog..lupa diri ek..kan main ko ni..hahaha...
hai kawan-kawan..hehehehe...
seronokkan kehidupan kita didunia nie....kalau xseronok tu sebab korang yang jadikan benda tu tak seronok...
hari ni just nak taip yg simple2 je....
oh ya..iva xsangka tau..dalam diam2 my ayahanda a.k.a my bapa angkat rajin jengok2 blog nie....
dah lama iva xmenulis ni..ayahanda dah tanya apsal lama xupdate..hehehe..

maaf ek...sikit bz...butdaway tq ayahanda....

ni orangnya..


ha..ni orangnya..hemsemkan...

"Ayahanda Awang yang saya sayang....."

tq ayahanda rajin baca blog yg xseberapa ni ek...